October 21, 2010

Nauzubillah.Jauhilah zina..

Taubat itu mempunyai 6 rukun:
1. Ikhlas kerana Allah Taala. Hendaklah taubat itu benar dan ikhlas serta tidak dipengaruhi oleh tujuan dunia.
2. Hendaklah taubat itu dilakukan pada waktu taubat masih boleh diterima. Iaitu sebelum matahari terbit dari barat. Sebelum roh sudah berada di tenggorokan. Sesungguhnya Allah menerima taubat selama nyawa berada di tenggorokan.
3. Hendaklah meninggalkan maksiat berkenaan. Tidak sah jika seseorang tu mendakwa dia telah bertaubat tetapi masih mengerjakan maksiat berkenaan.
4. Menyesal dengan dosanya yang lalu.
5. Berazam tidak akan kembali melakukan dosa berkenaan sekali lagi.
6. Jika dosa itu berhubungkait dengan hak makhluk, maka ia dikembalikan kepada pemiliknya.


Bagi penzina yang telah berkahwin, maka hukuman hadnya adalah rejam sampai mati. Jika dia berada di dalam negara yg tidak menjalankan hukum hudud maka memadai baginya dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Jika dia berada dalam negara yang melaksanakan hudud, jika dia tidak tertangkap oleh pemerintah, maka memadai baginya dengan bertaubat kepada Allah taala dengan sebenar2 taubat. Dia tidak diwajibkan untuk menyerah diri agar hudud dapat dilaksanakan ke atasnya.

Bagi kesalahan mukadimah zina, seperti berkhalwat, bercium, berpeluk atau sebagainya, maka hukumannya adalah ta'zir. Iaitu denda atau dera. Dan dia hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.

Selain dari bertaubat, dia hendaklah memperbanyakkan melakukan perkara kebajikan dan ketaatan. Mudahan2 Allah menerima taubatnya.

Jika sukar baginya bertaubat, maka sdra dan orang2 yang hidup disekelilingnya yang mengetahui perilaku maksiat yang dilakukan hendaklah melaksanakan tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar. Menasihatinya dan membimbingnya agar dapat bertaubat dari maksiatnya.

October 20, 2010

TWENTY - TEN - TWENTYTEN

Thanks for the birthday wishes guys! korang memang true.terharu gile.

AND NOW I'M TURNING 22! BE BLESSED OF GOD JIM! ;))

October 13, 2010

test.test.test.

Hey test! knapela ko test? Knape ko tak 'skima jawapan'? haha. Nak tanak kene amek test gak sok.
"ade pape nak di telaah gila2 ke kak?". akak cakap, "takyah dik, kita layan general issue je".
wah caunn la cenggitu. Thanks la kakak. Lege gua. Friends doakan gua k. Foes korang pegi hell.

Wish me luck!;-)

October 4, 2010

hakikat seorang manusia

Secara kesimpulannya, bolehlah aku katakan yang manusia nih memang hakikatnya tidak pernah puas dengan apa yang ada.Sentiasa ingin sesuatu yang baik lagi terbaik! hehe.bukanla aku nak maksudkan sesiapa kat sini. Tapi dulu aku terpikir....wahhh.beshnye negara orang yang jaoh2 luar dari malaysia.ade 4 musim.setahun suntuk sejuk berangin je.summer pon sejuk je rase.Tap bile aku dapat kabar brite dari kawan aku yg ade kat overseas..dia cakap, ee! takbesh nye sini.sejuk nak mampos.malaysia lagi best, panas. Kat situ aku dah terpikir yang kita ni manusia memang tak pernah puas. err. I mean, myself laaa.bile aku gambarkan yg aku ade kat sana, aku mesti akan merungut macam kawan aku gak, nak balek malaysia, rindu panas bahang malaysia. haha. Tapi aku yg skang kat sini dok sebok nak dok sane nak rase sejuk. Sampai kadang2 aku tak sengaja terlepas pandang and percakapan tentang kekuasaan Allah yang masing2 ade hikmah dan kebaikan tersendiri pada makhluk sekalian alamnye. Mengeloh, merungut. Baru aku tau, rupanya banyaknye dosa dan silap aku secara tak langsong. Sentiasa tak puas dgn ape yang ade, sentiasa meminta lagi dan lagi. nak yg terbaik, but at the same time merungut dan mengeloh dengan panas lah, itu lah. inilah. Ya Allah, ini hakikat kehidupan aku sebagai manusia. Kau ampunkan lah aku dan semua manusia, hamba2mu dimuka dumi nih.

Terpikir.Tersedar.Thanks Allah;)

October 1, 2010

Amazing Friday;D

yeay, and tell u what. I am so grateful! hahaa. Someone just called me and soon the journey of life will begin. Thanks. Gua tak dapat gambarkan kegembiraan itu. Terima kasih Allah!