October 21, 2010

Nauzubillah.Jauhilah zina..

Taubat itu mempunyai 6 rukun:
1. Ikhlas kerana Allah Taala. Hendaklah taubat itu benar dan ikhlas serta tidak dipengaruhi oleh tujuan dunia.
2. Hendaklah taubat itu dilakukan pada waktu taubat masih boleh diterima. Iaitu sebelum matahari terbit dari barat. Sebelum roh sudah berada di tenggorokan. Sesungguhnya Allah menerima taubat selama nyawa berada di tenggorokan.
3. Hendaklah meninggalkan maksiat berkenaan. Tidak sah jika seseorang tu mendakwa dia telah bertaubat tetapi masih mengerjakan maksiat berkenaan.
4. Menyesal dengan dosanya yang lalu.
5. Berazam tidak akan kembali melakukan dosa berkenaan sekali lagi.
6. Jika dosa itu berhubungkait dengan hak makhluk, maka ia dikembalikan kepada pemiliknya.


Bagi penzina yang telah berkahwin, maka hukuman hadnya adalah rejam sampai mati. Jika dia berada di dalam negara yg tidak menjalankan hukum hudud maka memadai baginya dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Jika dia berada dalam negara yang melaksanakan hudud, jika dia tidak tertangkap oleh pemerintah, maka memadai baginya dengan bertaubat kepada Allah taala dengan sebenar2 taubat. Dia tidak diwajibkan untuk menyerah diri agar hudud dapat dilaksanakan ke atasnya.

Bagi kesalahan mukadimah zina, seperti berkhalwat, bercium, berpeluk atau sebagainya, maka hukumannya adalah ta'zir. Iaitu denda atau dera. Dan dia hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.

Selain dari bertaubat, dia hendaklah memperbanyakkan melakukan perkara kebajikan dan ketaatan. Mudahan2 Allah menerima taubatnya.

Jika sukar baginya bertaubat, maka sdra dan orang2 yang hidup disekelilingnya yang mengetahui perilaku maksiat yang dilakukan hendaklah melaksanakan tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar. Menasihatinya dan membimbingnya agar dapat bertaubat dari maksiatnya.

No comments:

Post a Comment