March 1, 2012

Kamis di bulan March

Perghhh masa berlalu gila secepat gilelah. Aku tak sempat nak menguap, dah bulan March. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tapi banyak lagi benda, plan, ape sume nak kena settle. Kazen aku plak nak kawin. Perghh tula die, dulu share moment sama2. We did stupid jokes, dan macam2. Alih2 dia nak kawin. Huhu. Tula dia masanye cepat bebenor ye dak?

Sok aktiviti mencari client takdela sngat cuma nak meet up, nak solid presentation skit sebanyak. InsyaAllah adela rezeki nye tuh. Gembira betol bulan nie. Tambah lagi berita gembira, branch burger kaw2 baru bukak kat ampang avenue. Tuuuuu diaaaaa sampai silin aku melompat seghonok kemain tocacak kepala kat atap, adeh! Pape pon sok aku nak pekena beger kaw ayam bakar dgn buddy aku. Hewhew. Korang yg kat kl apelagi nunggu? Moh kita gamatkan kedai tuh! Lapo plak rase. Cis!

November 13, 2011

Hujan.

Hujan hujan nieh memang sah sah aku layan lagu hujan. Bila aku rasa asing aku rasa sepi, tak penah bersendiri sebenarnya. Ada senantiasa tuhan berada dimana-mana menemani fikiran aku, menemani kekuatan jiwaku, mengingat akan aku lebih dalam kesahihan dan kebenaran agamaku, peganganku. Bila jiwa tenang, ketahuilah aku yg itu milik tuhan. Bila jiwa suci dan bersih, ketahuilah aku itu kerja tuhan. Bila masalah pergi menjauhi diri aku, sudah aku tahu itu semua kekuatan dan bantuan yg Maha Esa. Bila sedihku ditukar sekelip mata dan datang kebahagian dan kedamaian, maka semesti saja kurniaan Penciptaku. Tapi kenapa aku mesti merungut, mengeluh, menjauh, melupa, mendabik, membongkak? Mazmumah yg seperti itu semua baik dicampak jauh, dibuang sana, ditepis berderai. Aku mahukan mahmudah sebagai selimut hati, selimut akal, selimut peribadi. Aku mohon dengan sangat, dengan sangat. Keampunan dari Kau yg Maha Pengampun, limpahan yg ruahnya rezekiMu dariMu yg Maha Memberi kerana PemurahMu. Rahmat, perlindungan dan sayangMu yg Maha Penyayang dan berkuasa di langit seluruhnya dan di bumi sekaliannya. Aku insan biasa, hina dan dina yg tidak berdiri tanpa kudrat kurniaanMu, tidak hidup tanpa nikmat nyawa milikMu. Yakinnya diri aku tiada pertolongan sebaik pertolonganMu yg menjamin segala yg terbaik dalam hidupku didunia. diakhirat kelak. Syurga untuk diidami. Neraka untuk dijauhi. Jangan biarkan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu, sedetik ingatanku dijauhkan dari melupakanMu. Kau pemberi cinta, Kau penyemai rindu. Terima kasih tuhan atas segalanya. Syukurnyaaa.......;'(

October 4, 2011

The thing

Ok, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar selancarnya lah. ;-)) Aku tinggal lagi nak cargas amek bank deduction form je. Tapi bila perasan balek aku ni suka buat kerja banyak kali kan?? patotnya semua dah settle semalam. Ni tak laen la nih, memang kena pegi opis balek la amek borang. I think I need to get one lah the file yang by folder tuh, banyak compartment. So that takde pening ini tinggal itu tinggal, ini lupe itu lupe. Haisyyyy. My bad ;-( So I hope that everything will be done this month jugakla. Takmo2 lah procrastinate sangat. Bahaya attitude macam tu. Chiao!~

October 2, 2011

Would it be?

So lebih kurang lama jugak tak berblog tak boleh nk approx ohh =.+.

Selamat pagi bloggers, I woke up suddenly with headache & blurry vision. Plus plus lagi badan plak macam suam panas suam panas. Aiiihhhesyyy, tak sedap la situasi nieh. Serious tak sedap. Ok, as for today, I'm gonna meet her as i've successfully convinced her to buy the policy. This is not fer me, yeahhh..I mean one of the reason lah. But nothing than preparing for her future. It's like a plan insuring that she won't suffer later. Aminnn...mintak2 tuhan murahkan rezeki aku. Rasa memang malas juga nak pergi dalam keadaan badan yang tak berapa sihat nieh. Butttaa...what to do ohh? -.-

Aku harap target aku bulan nie tercapai dan I always wanted to change my life, my family's life. People could even change anything as if nothing is impossible in this world. We gonna make it our own. InsyaAllah. Ameen Ya Kareem.

September 19, 2011

I had a wonderful one ;-))

Omaigaddd seriously she's soooo cute in person!! 

September 2, 2011

This is how we celebrate the good time together =)

Rajah: Beginilah semalam petang syawal ke-3 di rumah BCF (best cousin forever = Aman)

September 1, 2011

Hari raya 1432H

Sekarang sula 3 hari raya. Dan baru arini aku bangun nk berblog (u know what i mean). Sula lama tinggal maaa...Hehe. Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua bloggers di Malaysia, Brunei, Singapura, dan seluruhnya yg beragama Islam. Cehh. Bajet 1 dunia hadap nk bace blog aku. Haha. Ade aku kesah. Aku juga nk memohon maaf di atas segala keterlanjuran bicara dan perbuatan dlm sedar atau tak, langsung atau tak langsung. Maafkan aku. Aku hanya manusia biasa yang tak sempurna, sentiasa melakukan khilaf dan dosa. Maafkan aku keyhs? K peace.

Hari raya pertama berlalu dengan biasa-biasa saja. Takde la meriah sangat cam dulu memandangkan ramai jugak kazen aku takde dek kerana beraya di rumah mentua masing-masing. Raya kedua baru 2 family beraya rumah aku, bermakna baru 2 family bawak rezki and bawak balek dosa2 tuan rumah (Tula macam yang di kata ustat2, tetamu datang bawak rezki, balek bawak dosa tuan rumah keluar). Alhamdulillahhhhhh. Ngeh2. Raya ketiga ni gua rancang baekkknye nak g open house sedara kat s.alam. But nampak gayanye aman tak dapat nak folo. Sebab ade tetamu nak datang rumah dia nak bawak rezki and nak bawak kelua dosa. Hadoiii. Tula kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sedih betol. Da le lame betol aku tak spend time ngan kazen aku sorang tuh. Haihhh. Takpe. Kuteruskan.

Beraya2 jugak. Solat jangan lupa beb.

August 9, 2011

......

Gua rasa sakit perot plak pagi2 nieh plus idong nieh buat hal plak. Tapi gua rasa excited sebab dah sminggu gua puasa alhamdulillah ok baik selesa saje semuanya. Gua Taktau macamana gua boleh ulang2 kali tengok "iKLan Gangster" dan berkali-kali jugek gua gelak gila atau dalam bahase simbol sanskrit Yahoo Messenger nya berbunyi LOL =). Kalo korang nak sebok tengok gak video tu search je youtube dengan tittle yang gua lampir tadi kat atas.

Bila menyambut ramadhan nie gua rasa seronok dan tetiba terimbau memori ramadhan masa kecik-kecik dulu. Nak tulis pon ingat gua rajin sangat ke? memang takkk ahh. Just nak cakap gua terimbau je. Kahkah. Untuk raya nieh gua ingat nak pakai baju lama je. Tapi nafsu gua bisik, "Woi, ko kata nak baju kale klabu aritu? G je beli, raya staun skali", katanya. Eleh nafsu nieh, kalo gua beli baju lu payung takpe gakk. Cakap banyak betol. Duit gua jugak gua gune. Peh.

Gua tktau lah raya nieh silap2 gua tak dapat cuti kot. Ni yg benci nie. Kalo camtue gua ingat nak ganti cuti tahunan ke cuti raya lah kan kan. Rugi plak rasanya tak dapat cuti raya dengan family ramai2 baru meriah. Harap-harap hajat gua makbul.

July 30, 2011

Mimpi pulakkk

Semalam tak semena-mena gua termimipi sesuatu kira-kira jam 3-4 lebih macam gitu. Gua mimpi pelik betol sampai tak tercapai dek akal gua ni. Yang pelik nye ada beberapa figura-figura artis yang memainkan watak dalam mimpi gua. And the best thing is, ada satu awek blogger yang gua kira dia memang blogger kecil-kecilan yang gua minat dan kagum dek kerana ayat, tatabahasa dan baris susun kata yang dia tulis dalam blog memang sedap, sempoi dan....haihh gua maleh nak describe lelebih. And dalam mimpi tu, awek blog nieh jadi antara budak yang genius dan cekap dalam ekspidisi mimpi gua nih. Dia ni tukang jadi planner apa2 yang akan dibuat dalam ekspidisi nieh. Tapi gua sendiri taktau amende jelah yang kitorang buat and apa sebnanye kisah mimpi gua. Probably mimpi nieh masih dalam mode 'skrip tak siap abis lagi' la kot en en. Gua tetibe terjaga lantas bibir kiut gua sebut teros nama awek nih..tersenyum kecil gak gua. Sayang betol gua bangun awal sangat tadi, tak sempat nak complete kan mimpi tadi. Yelah, kalo dah taktau ape sudahnya, dah tak boleh nak cite-cite kat orang kampung pasal mimpi ajaib ni en. Haha. Klah chiao.

July 29, 2011

Hahaaa

Gua baru lepas layan satay ayam dari keramat au punya. Nak cakap hebat pon tak boleh juge, pasai samaje satay mane2 pon. Tapi yg buat best tu dia punya kuah gile pekat dan cukup sifat. Alhamdulillah untuk malam ni punye kenyang. Esok punye kenyang nanti gua kasik ucap skali lagi Alhamdulillah. Gua tengok skang ni dah pesen jenis orang maen webcam rekod2 diri sendiri pastu nyanyi lagu depan webcam. Gua pikir tu sume cam perasan best je. Tapi bila gua tengok ade satu mamat nih main gitar nyanyi lagu omputeh, gua ternganga tengok die plaking guitar strings die. Terer kemainn. Ni buat gua rase cam adekalenya perasan best ni takla terok macam yang disangka. Sebab kita perasan best nyanyi depan webcam pon bukan kacau periuk nasik orang, apatah lagi menjadi penyebab orang tak boleh berak seminggu dan makan guna kaki ke hape. Jadi gua ingat gua nak produce barang sejudul dua lagu buatan sendirik atau lebih dikenali dengan version gua iaitu, 'Lagu perasan best'. Haaa tu dia. Kahkahkah.

P/s: Jangan cepat sangat terjebak bila tengok orang buat kita pon nak buat. Tapi takpe asal tak buat onar kat sistem pentadbiran negara pon dah kira oraittt kot..

July 20, 2011

Sejenak

Aku balekkk je ada berita baru kat twitter yg aku cam kaget kejap membaca. Tapi tau jela aku, buat2 cool je padahal jantung punyela bedebar habaq ang. Cool je aku teros reply tweet tu sambil tangan seblah lagi pegang dada saje nak measure tahap debaran.

Malam nisfu syaaban ni elok kate orang tu bace yaasin kurang lebihnya 3 round dan setiap satu round tu ade doa dan hajat yg elok kita selitkan seblom baca yaasin tuh. Aku nak kate buat seround tu pon dah punyala malas apelagi katenye 3 round tuh. Harap orang2 kat luar sana taklah perangai camni terutama time nak dekat bulan2 puasa nieh. Dosa aku takyah cakap, bekepul2 kalah asap syisya kat warung Amer Ali mamak kat bangi tu. Tengah menaip-naip tetibe teringat ayat, "Kebaikan itu dinilai bukan dari bermula hidupnya, tetapi bagaimana pengakhirannya". Tak banyak sikit aku cuba pasak ayat tu dalam otak aku.

July 11, 2011

Hurmm

I love u Lancer!

Semakin bakar line!

Huh! Grrr... Gua sula manyak panas sama itu botak dgn waden yang macam menggila babi membakar line. Perghhh. Semakin hari semakin panas, gua tak sabar nak tunggu episod minggu depan drama bersiri, JUVANA yang tengah top kat tv3 skang. Dahle Once a week je cite dia. Watefish betollahh.

Banyak pengajaran dalam cite tu. Kalo gua jadi Daim, rase nak laok si waden, biar gua kalah pon, asal gua puas ati dapat tibai. Kah2, ajim da start menggelabah nak mampos.

P/S: Cikgu Zakiah hati-hati dengan musuh dalam selimut yerk! Pape msg I k? Wakaka

July 8, 2011

BERSIH pename nye lah

BERSIH, BERSIH, BERSIH??!!! Apedehel nye lah weyh!? BERSIH 2.0 katenye. iOS pon dah version 5 dah ko baru 2.0, very outdated. Haha. Gua bukan ape, gua bengkeng betol pasal perhimpunan yg tah hape-hape tah nye. Jalan sana sini tutup. Nak kluo visit org saket pon tak senang. Hoduiii.

Aku rasa macam nak nyanyi 'Lagu Malas' je. Sebabnye arini memang tahap malas tu dah ke kemuncak dah. Dah macam kemuncak juara lagu dah. Hmmmm, hari2 jumaat gini besenya malam je adela bende nak ditonton buat menghakis segala duka dan derita. Ni pulak rancangan tu dah habis, haiihh. Apela gua nak tengok lagi kan mlm ni pon adoiii. Husssyy. Half day pulak arini, memang stim layan hujan tido. Perghhh. Lebih stim dari layan berger bobby lembah keramat. OFF.

June 29, 2011

HOHOIII!!

Hujan pagi ni membuatkan aku bersemangat lain macam. Tak kisah ape keadaan, tak kisah ape orang kata. Haha. Yang penting kita bersemangata! wehuuu!!! Sunway lagoon here I come!!!!!

Aku nak release albummm!!! eh eh?! Nak release tension!!!!
Peace.

June 2, 2011

Suara hati

Herm. Semakin hari aku rasa semakin risau dengan semuanya. Dengan semuanya. Hermm. Tolongla tuhan, ku merayu lagi memohon padaMu, since Kau saja tuhan tunggalku, tuhan yg esaku, tuhan yg tidak ada yg mustahil baginya berkehendakan segala sesuatu. Sedangkan laut yg tenang boleh berubah menghempas ombak ganas tsunami, rumah sekecil bata yg kukuh boleh runtuh dan hancur semuanya dek kuasaNya, inikan pula permintaanku yg sekecil-kecil ini. Oh tuhan, makbulkan lah hajat dan permohonanku. Aku mahu kehidupan yg sempurna. Aku mahu kehidupan yg cukup sekadar terbaik untuk diriku, keluargaku, dan peganganku. Ku mohonnnnn!! ;'(

May 14, 2011

Malam yg sepi.

Malam sepi memang sepi di iringi udara segar nyaman berbuai sendu syahdu irama hati kisah lara jiwa terduduk ku termenung berseorangan. haa nampak ayat dia.

Gua nak ucap selamat malam ahad di hari sabtu ini. Dan gua harap korang bergembira dan harini memberi semangat, pendorong yg berguna. Dan harini moganya menjadi satu hari terbaik dalam alasan dan sebab kukuh untuk korang meneruskan detik hidop hari esok, dan seterusnya. Aku adalah aku, kau kekal engkau. Pendapat, persepsi, pemikiran, rasa hati yg akan berubah-ubah. Peace.

May 7, 2011

Mother's day kah itu? tidakkk dowhhh!

Yep, assalamualaikum...yep, yep...bersama saya, nk kabo cket yep, yep. Tentang hari ibu nih yep...yep.
Ahaaa, haha. Ye, janganla kita orang melayu, dan beragama islam menyambut hari ibu ni. Ini adalah kerana hari ibu merupakan perayaan yg disambut oleh orang-orang kafir laknatullah. Ia dipanggil hari Cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa dorang dalam masyarakat Greek kuno.Begitu juga Roman kuno yg merayakan hari ibu ni sempena hari dewa-dewa lah apelah sebagainya. So disini janganlah kita sebok-sebok menyambutnya. Sepatutnya hari ibu ni tidak disambut pada tarikh dan hari yg tertentu. Sebab hari ibu ni hari-hari. Setiap hari kita menyambutnya, dalam erti kata lain, mengingatinya. Sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan ibu, dan ayah membesarkan kita. Kalo rasa nak bagi hadiah, bunga ke, belanja makan ke..bile2 pon tarahal. Balik keje beli kek, bawak parents blanje makan pon dah ok. Takyah nak tunggu hari ibu sebab macam kita menyokong perayaan-perayaan jahanam orang kafir la plak an. Macam April fool pon sebenanya ari kemenangan orang kafir memusnahkan org-org islam dengan cara memperdaya, menipu. Haaa tula yg kita guna april fool buat gurau2, tipu2 tu. Elok sangatlah ikot dorang. Pesanan ni untuk aku sendiri dan panduan semua. Kalo nk post ape-ape kat fesbuk berkenaan hari ibu pon tuka niat, niat nak mengingati pengorbanan ibu dan penghargaan je. Takyah wish2 selamat hari ibu. Sekian lah okay? ;)

April 27, 2011

Spend your little time, read this..

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit,"
Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"


Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...
Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje...

April 23, 2011

Bloggers sekalian.

Selamat pagi yg tak berapa nak pagi la. dah breakfast? ke aku yg lambat tanya? hahaaa. Semoga hari sabtu membawa segala yg terbaik dalam hidup korang. Smoge ape yg korang buat, ape yg korang lalui, atau ape saje akan dipermudahkan, licin perjalanan, tanpa kesulitan dan diredhai-diberkati tuhan. aminnn..Kepada yg memandu, hati-hati bila memandu. If tak sayang diri korang pon, ingatlah orang yg menyayangi korang, mereka masih perlukan korang, so drive safely. Disini saya, ajim ingin mengucapkan bebanyak mintak maaf jika terkasa bahasa dan terlanjur bicara kepada semua bloggers. Harap kita dapat terus hidup di bawah perlindungan tuhan. Bloggers semua memang terbaik. Saya menghargai dan memandang hebat kepada semua bloggers di luar sana yang tak putos-putos menulis blog yg adakala nya berunsur nasihat, panduan, pedoman, iktibar, maklumat, ilmu dan sebagainya. Walaupon ada yg menulis tentang sesuatu yg negatif, dan kadangkala menyentuh sensitiviti masyarakat setempat dan sebagainya, tapi...we're not perfect. at all. So manusia memang senstiasa melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak. Tapi, setiap insan diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan masing-masing, so teruskan berblog. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Bukan senang nak jadi bloggers yg kreatif dan innovatif dengan idea-idea yg membuak-buak, so korang memang hebat..tapi aku tak hebat. haha. Tapi aku sentiasa mencuba sesuatu dan sentiasa berkejar-kejaran untuk menjadi yg terbaik. Doakan aku.

P/s: Baik tidak cukup, jadilah yang terbaik. Peace.