November 13, 2011
Hujan.
Hujan hujan nieh memang sah sah aku layan lagu hujan. Bila aku rasa asing aku rasa sepi, tak penah bersendiri sebenarnya. Ada senantiasa tuhan berada dimana-mana menemani fikiran aku, menemani kekuatan jiwaku, mengingat akan aku lebih dalam kesahihan dan kebenaran agamaku, peganganku. Bila jiwa tenang, ketahuilah aku yg itu milik tuhan. Bila jiwa suci dan bersih, ketahuilah aku itu kerja tuhan. Bila masalah pergi menjauhi diri aku, sudah aku tahu itu semua kekuatan dan bantuan yg Maha Esa. Bila sedihku ditukar sekelip mata dan datang kebahagian dan kedamaian, maka semesti saja kurniaan Penciptaku. Tapi kenapa aku mesti merungut, mengeluh, menjauh, melupa, mendabik, membongkak? Mazmumah yg seperti itu semua baik dicampak jauh, dibuang sana, ditepis berderai. Aku mahukan mahmudah sebagai selimut hati, selimut akal, selimut peribadi. Aku mohon dengan sangat, dengan sangat. Keampunan dari Kau yg Maha Pengampun, limpahan yg ruahnya rezekiMu dariMu yg Maha Memberi kerana PemurahMu. Rahmat, perlindungan dan sayangMu yg Maha Penyayang dan berkuasa di langit seluruhnya dan di bumi sekaliannya. Aku insan biasa, hina dan dina yg tidak berdiri tanpa kudrat kurniaanMu, tidak hidup tanpa nikmat nyawa milikMu. Yakinnya diri aku tiada pertolongan sebaik pertolonganMu yg menjamin segala yg terbaik dalam hidupku didunia. diakhirat kelak. Syurga untuk diidami. Neraka untuk dijauhi. Jangan biarkan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu, sedetik ingatanku dijauhkan dari melupakanMu. Kau pemberi cinta, Kau penyemai rindu. Terima kasih tuhan atas segalanya. Syukurnyaaa.......;'(
Subscribe to:
Posts (Atom)